Teh puerh boleh di dapati dalam dua Jenis: Teh puerh hijau (Sheng) dan teh puerh gelap/merah (Shou), bergantung kepada bagaimana daun-daun teh diproses. Kedua-dua jenis teh samada hijau atau merah akan melalui langkah yang sama iaitu withering (proses melayukan daun-daun teh) – Rolling/forming (pembentukkan)-Drying (pengeringan) dan steaming/shaping. Teh puerh merah akan melalui satu langkah tambahan (piling/heaping) dimana daun-daun teh akan dibentuk dan dihimpun di dalam satu susunan khas untuk memudahkan process penapaian. Kedua-dua jenis teh puerh akan disimpan untuk melalui proses pematangan (aged tea). Teh puerh berbeza dengan teh yang lain terutamanya dari segi rasa di mana rasa teh puerh yang unik terhasil dari teknik pengeringan daun teh menggunakan tenaga matahari selepas proses penggolekkan atau pembentukkan.
Process pemecahan enzim semulajadi yang terjadi ketika proses penapaian akan menghasilkan haba dan menjadikan daun-daun teh “masak”. Proses ini terbentuk ketika daun-daun teh disusun dalam bentuk mampatan atau longgokan (heaping). Berbanding dengan teh puerh hijau, proses ini akan memberikan perbezaan rasa, kehalusan dan kualiti ke atas teh puerh merah.
Teh puerh hijau telah wujud sejak berabad lamanya disusuli dengan pemprosesan teh puerh merah. Selepas pemprosesan, daun bagi kedua-dua jenis teh puerh akan dikekalkan sebagai helaian-helaian daun (loose leaf) atau dimampatkan dalam bentuk-bentuk berikut:
- Bentuk teh bata (Brick tea/Juan Cha)
- Bentuk teh kek (Cake tea/Beeng Cha)
- Bentuk teh loceng (Bell Shape/Tao Cha)
- Bentuk cendawan (Mushroom Shape/Maw Gu Toaw)
Selepas dibentuk, teh disimpan di dalam bilik bawah tanah yang hangat dan lembap yang membolehkan proses kimia berlaku seiring dengan proses kematangan. Teh puerh boleh diminum selepas 3 bulan selepas di matangkan dan selepas 5 tahun, teh puerh akan mula membentuk rasa yang unik dan tersendiri hasil dari proses kematangan.
Fungsi
Kedua-dua jenis teh puerh (hijau dan merah) bertindak secara berbeza ke atas kesihatan tubuh badan. Di dalam teh puerh hijau, fungsi ke atas penurunan berat badan datang terutamanya dari sebatian polyphenol, chlorophylin, vitamin C dan beberapa lagi sebatian yang bermanfaat yang terdapat di dalam teh. Teh puerh hijau juga dikenali sebagai teh puerh yang ditapai secara manual atau beransur-ansur. Disebabkan teh puerh hijau mengalami proses penapaian secara beransur-ansur, polyphenols yang terdapat di dalam tea (yang membantu dalam proses penurunan berat badan) dapat dikekalkan di dalam teh puerh hijau dalam jumlah yang tinggi. Seperti teh puerh hijau yang terhasil dari daun-daun yang besar (Yunnan big leaf species), ia mempunyai kandungan polyphenols yang tinggi terutamanya teh dari musim bunga. Teh yang kaya dengan polyphenols juga bertindak menolong badan menyingkirkan toxin (detox) dan juga anti-radiasi.
Di dalam polyphenols juga terkandung bahan lain iaitu catechin dan juga produk oksidasinya iaitu theaflavins. Sebatian ini menolong merendahkan paras kolesterol dan trigliserida dalam badan. Oleh yang demikian, teh hijau puerh membantu mengawal lemak di dalam darah sekaligus dapat mengurangkan berat badan dan tekanan darah. Apa yang lebih menarik, polyphenols di dalam teh puerh dapat memusnahkan bacteria laktik asid dan bacteria lain yang tersembunyi di antara celah-celah gigi dan menghalang aktiviti glucose polymerase. Keadaan ini akan menghalang bakteria dan kuman dari membiak pada gusi. Polyphenols teh dapat memusnahkan bakteria yang membiak hasil dari sisa makanan yang terlekat pada gigi. Oleh yang demikian, masalah gigi reput dapat diatasi dan amalan meminum teh puerh untuk jangka masa panjang dapat melindungi gigi anda.
Untuk teh puerh merah, fungsi ke atas pengurangan berat badan datang dari aspek yang berlainan. Ia adalah hasil daripada tindakan integratif pelbagai jenis mikroorganisma. Disebabkan proses penapaian, mikroorganisma di dalam teh puerh menukarkan makromolekul polisakarida kepada monosakarida terlarut dan oligosakarida. Ketika proses penapaian, jumlah vitamin C telah meningkat dua kali ganda. Vitamin C memberi impak yang penting untuk meningkatkan immuniti tubuh badan. Dengan jumlah mikroorganisma yang banyak di dalamnya, teh puerh merah tidak mengganggu perut. Teh puerh merah berupaya menghasilkan membran yang meliputi dinding perut dan bertindak melindungi perut dari rasa yang tidak selesa. Amalan minum teh puerh merah memberi kesan yang baik ke atas perut anda.