Saturday, October 18, 2014

Brewing Puerh Tea



Cara Bancuhan Puerh Tea (Green/Red)





Puerh tea cake/mampat : Leraikan sedikit puerh tea (satu atau dua cubit sahaja)
Puerh tea peket/loose leaf : Hujung/setengah sudu kecil.
Anggaran: 3-5 gram

-  Masukkan ke dalam air panas (satu mug/cawan)
-  Rendam dalam 15 saat – Buang air bancuhan pertama.
-  Masukkan air panas sekali lagi.
-  Rendam dalam 2 minit atau sehingga daun teh kembang.
-  Sedia untuk diminum atau boleh ditapis dahulu. Terpulang pada individu.
-  Juga boleh di simpan dalam bekas kedap/Tupperware untuk di bawa ke ofis/minuman harian.


Nota tambahan:


  • Teh puerh sesuai di minum 15 hingga 30 minit selepas makan. Elakkan minum teh puerh ketika perut kosong. Di sarankan 3 hingga 6 cawan sehari untuk menurunkan berat badan yang ideal.
  • Tiada kuantiti spesifik untuk bancuhan teh puerh. Semua terpulang kepada individu. Bagi anda yang pertama kali minum teh puerh, dinasihatkan untuk mengikuti kuantiti yang dinyatakan (atau boleh kurangkan).  Namun, jika anda sudah terbiasa dgn teh hijau atau teh puerh, kuantiti bancuhan teh puerh terpulang kepada anda. Anda boleh menambah kuantiti jika dirasakan tidak mencukupi atau kurang “strong”. Kuantiti yang dinyatakan di atas hanya untuk ‘beginner’.
  • Puerh tea tidak perlu tambah gula. Walaubagaimanpun anda boleh menambah madu asli atau hirisan lemon untuk pembangkit rasa.
  • Reason membuang air bancuhan pertama: untuk membenarkan bukaan rongga2 daun yang maksimum.
  • Daun teh yang ditapis jangan terus dibuang. Masih boleh digunakan untuk 2,3 kali bancuhan ataupun sehingga hilang rasa. Walaubagaimanapun, jangan biarkan dauh teh terdedah lebih dari 24 jam/satu hari. Gunakan daun teh yang baru untuk keesokan hari.


Peringatan:


  • Pastikan tangan anda bersih dan kering ketika membancuh teh puerh terutamanya ketika anda meleraikan teh puerh MAMPAT.  Kehadiran air  boleh menyebabkan kualiti teh puerh menurun. Seeloknya guna kan sudu atau garfu.
  • Wanita mengandung dan orang yang lebih berumur dan kurang aktif, teh puerh merah lebih sesuai untuk diminum dari teh puerh hijau. Maksimum 3 cawan sehari sahaja untuk wanita mengandung (seimbangkan dengan air masak). Tidak digalakkan minum teh puerh pada awal kehamilan.
  • Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti jantung dan sebagainya, dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan puerh tea. Risiko pengambilan adalah tanggungjawab sendiri. MRZHENG ENTERPRISE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian.

Cara menyimpan:


Simpan di dalam bekas tertutup dan rapat (kedap udara). Pastikan container/bekas bebas air atau kering dan letakkan di tempat yg bersih, kering serta tidak berbau.



0 comments:

Post a Comment